lyn

Isteri..Anak..Bakal Ibu…

Salam Ramadhan

Filed under: Uncategorized — lyn84 at 8:35 pm on Friday, August 21, 2009

Alhamdulillah..Ramadan datang lagi dan sekali lagi aku berpeluang menyambutnya..azam Ramadan tahun ini mestilah nak puasa penuh sebab inilah Ramadan pertamaku sebagai isteri dan bakal ibu..hehe..baby dlm perut ni nak berlatih puasa gak..Insya Allah…

Alhamdullillah syukur gak ke hadrat Ilahi kerana aku dikurniakan suami yang penyayang dan memahami kerenah aku sepanjang tempoh kehamilan ni..Awak seorang yang sabar dan sentiasa tenang wlupun kita hampir berkonflik tentang nak sambut 1 Ramadan di mana..tapi kerana sikap gentleman dan memahami awak tu..segalanya berjalan lancar…harap2 semuanya macam tu..

Untuk semua..semoga Ramadan membawa seribu makna dan pengertian..menjadi yang lebih baik drpd yang terbaik..menjadi lebih sempurna drpd yang paling sempurna..sbb kita tidak dapat meramal samada dapatkah kita bertemu dengan Ramadan lagi tahun 2010 nanti.. Semoga segalanya lancar dan dipermudahkan olehNya..