lyn

Isteri..Anak..Bakal Ibu…

debaran menjadi ibu dan ayah

Filed under: Uncategorized — lyn84 at 8:56 pm on Wednesday, November 18, 2009

tinggal lebih kurang 80 hari sebelum si comel ni menjenguk dunia.. semoga segalanya lancar dan selamat.. debaran tu memanglah ada.. sbb ni first baby kami.. semoga anak ini menjadi anak yang soleh, mentaati Allah, ibu dan ayahnya.. menjadi anak yang menyenangkan dan memudahkan ibu dan ayahnya.. serta menjadi anak yang sentiasa menggembirakan dan menceriakan org lain.. Dan doa kami juga.. semoga anak ini sentiasa sihat sejahtera dan dilindungi serta dipayungi rahmat Ilahi..Semoga dipanjangkan rezekinya dan diberkati rezeki-rezekinya.. AMIN..

Aidilfitri 1430H

Filed under: Uncategorized — lyn84 at 12:42 am on Thursday, September 24, 2009

Salam Aidilfitri..Sekejap je dah tamat Ramadan.. Aidilfitri pun dah masuk hari yang ke-5.Aidilfitri tahun ni yang pertama disambut dengan suami tercinta.. Tahun depan sambut ngan baby plak.. Aidilfitri yang paling banyak berjalan.. Tak stop jalan raya sejak hari pertama lagi..Tapi raya ke4 dah keje dan akan sambung jalan raya bila cuti nanti.. Hubby lah yang kesian..penat driving..tapi nak wat camne.. Aidilfitri pertama kami sbg suami isteri.. so semua rumah kena g jenguk..Untuk kengkawan.. Mohon maaf zahir dan batin.. semoga Allah panjangkan usia kita untuk menemui Ramadan akan datang dan menyambut hari kebesaran ini lagi.. Dan semoga DIA mengampuni dosa-dosa kita yang terdahulu.. AMIN..

Salam Ramadhan

Filed under: Uncategorized — lyn84 at 8:35 pm on Friday, August 21, 2009

Alhamdulillah..Ramadan datang lagi dan sekali lagi aku berpeluang menyambutnya..azam Ramadan tahun ini mestilah nak puasa penuh sebab inilah Ramadan pertamaku sebagai isteri dan bakal ibu..hehe..baby dlm perut ni nak berlatih puasa gak..Insya Allah…

Alhamdullillah syukur gak ke hadrat Ilahi kerana aku dikurniakan suami yang penyayang dan memahami kerenah aku sepanjang tempoh kehamilan ni..Awak seorang yang sabar dan sentiasa tenang wlupun kita hampir berkonflik tentang nak sambut 1 Ramadan di mana..tapi kerana sikap gentleman dan memahami awak tu..segalanya berjalan lancar…harap2 semuanya macam tu..

Untuk semua..semoga Ramadan membawa seribu makna dan pengertian..menjadi yang lebih baik drpd yang terbaik..menjadi lebih sempurna drpd yang paling sempurna..sbb kita tidak dapat meramal samada dapatkah kita bertemu dengan Ramadan lagi tahun 2010 nanti.. Semoga segalanya lancar dan dipermudahkan olehNya..

New Phase Of Life

Filed under: Uncategorized — lyn84 at 11:10 pm on Saturday, May 16, 2009

Alhamdulillah syukur..aku seorg isteri yang sah kepada seorg suami bernama Zainol Ariffin Bin Ab.Lah Sani pada 1 Mei 09.

Macam tak percaya ngan new life ni..byk yang berubah..dan ada juga yang masih sama dan bertambah iaitu cinta kami.heheh..makin cinta ah sbb dah jd suami isteri..impian dan azam cuma satu..untuk jadi isteri & ibu yang mithali..mahligai kami dilipahi rahmat dan sentiasa diberkati Ilahi..

Aku pun dah pilih kerjaya yang memerlukan aku dekat ngan keluarga..dekat ngan mama & ayah, dekat gak ngan mak, yang penting dekat ngan suami..aku harap segalanya akan berjalan lancar..dan semoga doa2 mereka yang hadir ke majlis aku tempoh hari akan termakbul.

Terima kasih kepada semua yang hadir..dan terima kasih untuk setiap titik peluh dan kerjasama yang keluarga dan rakan2 lakukan..jasa anda tetap dikenang ke akhir hayat..

new life gak…

Filed under: Uncategorized — lyn84 at 7:15 pm on Saturday, April 4, 2009

skang dah keje..keje yang takleh nak berenti..sampai pencenlah jawabnya..tapi yang tak berapa nak best..sbb jauh sgt dari nol…ingatkan bolehlah dpt dekat2 ngan nol ke..tapi xpelah.. rezeki..yang pasti 2011 boleh dekat ngan nol…so..permulaan 2009 mmg membawa kegembiraan..sumenya berubah..betullah apa yang Allah janjikan..setiap manusia akan ketemu juga dengan kegembiraan selepas menempuhi byk dugaan..janji Dia..klu Dia tak makbulkan doamu, bermakna, ada sesuatu yang lebih baik untukmu..Klu Dia lambat memakbulkan doamu, bermakna, Dia ingin menguji mu..dan jika Dia memakbulkan doamu, bermakna, engkau layak dan Dia kasih padamu..inilah yang aku pegang sejak sekian lama..yakin dengan kuasa dan kasih sayang Dia..dan buktinya..hari ini..aku punya kerjaya..bakal suami dan insya allah sebuah kehidupan bahagia hingga ke alam syurga..insya allah..amin…

becoming somebody

Filed under: Uncategorized — lyn84 at 8:22 pm on Sunday, March 15, 2009

lagi sebulan lebih sebelum bergelar isteri..macam2 yang difikirkan..tapi tak lupa..doa aku..moga2 rumahtangga yang dibina bersama yang dicintai akan sentiasa dirahmati Allah dan dilimpahi rezeki dan kasih sayang…dan semoga perhubungan yang terjalin lama ni akan terus kukuh wlu badai menimpa..amin..

sedih sket mungkin sbb..akhirnya aku akan tinggalkan family..moving to new family and new phase of life..sumenya dah lain..xda lagi bangun lambat pagi2 (hehe)..malas2 atas katil..malas nak kemas umah…boleh ke aku? tapi yang pasti..my future hubby will be the best person yang akan memahami aku.. betul tak awak? saya tau..awak nampak je brutal tapi baik hati..dan yang penting..aku harap..dapatlah aku jadi isteri terbaik utk dia..macam ustazah kursus kawin hr tu ckp..aku nk hidup ngan hubby aku sampai syurga..harap2la aku boleh jd isteri mithali..amin…

boring..!!!!

Filed under: Uncategorized — lyn84 at 1:12 am on Monday, May 15, 2006

what to say..

boring sgt..!dunno what to do..baru pas bake cokelat cake…erm..tgh cari keje..tapi ntahla..susah ah nak cr keje skang..mayb..nak futher Degree in Accounting..tgkla keadaan macam mana..

back as student.

Filed under: Uncategorized — lyn84 at 5:15 am on Friday, April 14, 2006

officially, i`m a student.. lagi 12 hari nak peksa.. and tak study ape pun.. daus.. orang dah berenti keje ah.. penat.. tak larat..nak peksa lagi.. mane blh split into two..pecah otak nanti.. nanti dah grad.. cari keje lagi best.. or build up a business.hehehe.. jadi businesswoman ah plak..

esk kuiz..

Filed under: Uncategorized — lyn84 at 6:47 am on Wednesday, March 8, 2006

esok,ade kuiz atp.. balik keje penat.. but still kene study.. tak larat.. tapi nak wat camne..keje sambil belaja..susah sebenarnye..patutla parents tak bagi keje masa blaja..tak terkejar..

ngantuk…

Filed under: Uncategorized — lyn84 at 10:08 am on Friday, February 3, 2006

hari ni keje petang.. n rite now at home ngadap pc….lama giler tak tgk emel.. last thursday.. dapat gak tgk wayang..tapi sakit leher sbb seat depan sebelah kiri… fearless.. bolehla..rindunya zaman belaja.. xyah penat keje.. but ppl change..makin hari makin tua.. kene la berubah plak kan..